Friday, 28 August 2015

Dia EMAK, dia GURU, dan sekarang YB


1/9/2015 
merupakan tarikh rasmi bersaranya seorang guru, 
seorang pendidik, 
dan seorang ibu dari bidang pendidikan..

Tarikh rasminya seorang yang amat disayangi dihormati membawa diri dari bidang perguruan

Melihat penat jerih seorang ibu memenuhi tanggungjawab, 
bersabar dengan karenah orang disekelilingnya,
baik guru mahupun muridnya, 
kadangkala lebih melelah orang lain yang memandang

biarpun tidak pernah menjadi salah seorang dari anak muridnya di sekolah
tapi dirumah.. dia adalah guru terbaik๐Ÿ’•๐Ÿ’•

Menjadi seorang pendidik bukanlah mudah..

Seorang guru merupakan pejuang dibaris paling hadapan dalam mempersiapkan generasi baru 

Terima kasih cikgu
Terima kasih ustazah
Terima kasih emak๐Ÿ’•

Selamat berehat wahai ibuku
Semoga tiada lagi tangisanmu di malam hari menghadapi kerja-kerja yang tiada penghujungnya
Semoga tiada lagi tekanan yg berat untukmu

legasi pendidik ini kini akan terus disambung oleh anak-anakmu

just a repost from one of my sister's blog dedicated to my mom:

DIA EMAKKU,DIA CIKGUKU & SEKARANG YB~
1.9.2015 tarikh rasmi emak bersara dr perkhidmatan awam sebagai guru.Siapa tak kenal ustazah Fuziah Md Nor.GARANG!tapi rasanya garang2 mak tu la yg smpai sekarang anak2 murid mak ingat.Nak cerita seronok ke tak jd anak cikgu@anak ustazah fuziah:

1.DI SEKOLAH MAK ADALAH CIKGU BUKAN MAK
Di sekolah mak tak pernah layan kalau panggil dia mak.Lebih2 lg kalau dpan anak murid yg lain.Ingat satu hari tu dlm kelas mak ajar.Nak tanya soalan.Pergi la dgn kawan2 tnya dekat meja guru.Panggil mak..ooo..mak.Mak x layan.Siap kena sound lg.Siapa mak awak?(hahahaha padan muka)


2.MAK HANTAR ANAK SAMPAI PAGAR SEKOLAH JE
Sebelum mak ada lesen kereta.Hari2 ayah hantar awal pergi sekolah tapi kalau ayah ada kerja luar kami akan tumpang kereta cikgu2 lain.Tapi sejak mak ada lesen kereta mak kdg2 keluar lewat.Mentang2 la mak bawa kereta laju.Sampai ada anak murid cakap ustazah bawa kereta mcm batman.haha.Seronok juga dpt bangun tidur lewat sikit.Tp yg tak seronok bila sampai tepat2 loceng sekolah bunyi mak suruh TURUN DEPAN PAGAR SEKOLAH.jawabnya kena tulis nama dgn pengawas sb dtg lambat.MALU2.huhu.Bila mengadu suruh cepat2 pergi sekolah mak kata NAK CEPAT PERGI SENDIRI.Maka kalau dah rasa2 mcm mak lambat tu kena la cepat2 kayuh basikal g sekolah.

3.TEMPAT MAKAN CIKGU BUKAN UTK ANAK CIKGU
Nak mkn sila la beratur beli makanan sendiri.Nak mak ambilkan.Tak dilayan.


4.SEGALA KESALAHAN AKAN DILAPORKAN SERTA MERTA
Siapa2 pun boleh mngadu kesalahan yg dibuat pd mak on the spot.Balik rumah siap la.kadang2 dlm kelas masa mak mngajar kena perli2.haha.berlakon buat2 tak faham je la.


5.& BANYAK LG
Kalau nak cerita boleh buat cerpen.Apa2 pun sangat seronok jadi ANAK &ANAK MURID MAK.Sayang mak.Moga Allah membalas segala keringat mak selama bergelar pendidik.
Tahniah mak dah dapat gelaran YB@Yang Bersara♡


kami sayang emak๐Ÿ’•๐Ÿ’•๐Ÿ’•

Graduating!!

Hey thereeee!! Its been a year since my last update๐Ÿ˜…๐Ÿ˜ช (life is unpredictable) Annnnddddd yeah i'm finally graduating from my studies!...